TIP ELAK TEKANAN

Setiap orang pasti pernah menghadapi tekanan... cuma cara nak mengatasinya saja yang berbeza. Di sini aku nak kongsikan tip bagi elakkan diri dari menghadapi tekanan yang keterlaluan. Semoga ianya dapat membantu sesiapa yang berada dalam situasi ni...

  • Terima tekanan dengan hati yang terbuka. Hidup kita seperti roda, ada masa kita menghadapi stress.. ada kalanya orang lain yang hadapi. So, anggap je la ianya sebagai fitrah kehidupan.
  • Jangan bertindak terburu-buru. Apabila menghadapi tekanan, jangan bertindak terburu-buru terutama dalam membuat keputusan penting. Fikirkanlah dulu secara rasional pro dan kontranya.... supaya tak menyesal di kemudian hari.
  • Jangan biarkan perasaan negatif menguasai diri. Semasa menghadapi stress, jangan membuarkan perasaan negatif mnguasai diri tetapi halusilaah setiap tekanan yang datang secara prositif. Ini akan dapat membantu diri menjadi lebih tenang dan berfikiran lebih rasional.
  • Jika menghadapi tekanan, carilah seseorang yang boleh menjadi tempat untuk berkongsi masalah dan berbincang mengenai tekanan yang dihadapi. Cara ini akan dapat membantu mengurangkan bebanan tekanan.
  • Jangan memendam rasa tetapi carilah jalan untuk menyelesaikan masalah dan tekanan.

" Orang yang percaya akan dirinya tidak mengharapkan pujian. Orang yang mengharapkan pujian nescaya ragu-ragu akan harga dirinya."

No comments:

Post a Comment