31 Ogos .... Hari Kemerdekaan

Hari ni 31 Ogos... hari kemerdekaan dengan temanya 1 Malaysia, Rakyat Didahulukan, Pencapaian Diutamakan. Sama-samalah kita hayati senikata lagu ni...
Tanggal 31
Bulan lapan lima puluh tujuh
Merdeka ! Merdeka !
Tetaplah merdeka
Ia pasti menjadi sejarah

Tanggal 31
Bulan lapan lima puluh tujuh
Hari yang mulia
Hari bahagia
Sambut dengan jiwa yang merdeka

Mari kita seluruh warga negara
Ramai-ramai menyambut hari merdeka
Merdeka !
Tiga satu bulan lapan lima puluh tujuh
Hari mulia negaraku merdeka

Orkid

Orkid.. ni la bunga yang mak paling suka.. setiap pagi dan petang mak mesti mengadap pokok orkid dia. Mak kata pokok bunga ni kalau kita bercakap dengan dia.. maka kerap la dia berbunga.. Ni aku paparkan berbagai2 spesis orkid yang aku pernah jumpa termasuk yg mak tanam sendiri..

Tak tau la apa nama spesis ni.. aku ambik gambar ni masa melawat ladang orkid di Chiang Mai.


Ni antara spesis yang mak tanam...





Ni pun aku jumpa masa di Chiang Mai.... dia org tanam tak pakai sabut atau pasu... gantung je batang tapi boleh pulak hidup & berbunga pulak tu... pelik-pelik...

ANAK....


Jika anak hidup dengan cemuhan, ia belajar mengutuk 
Jika anak hidup dengan keganasan, ia belajar melawan 
Jika anak hidup dengan ejekan, ia belajar menjadi pemalu 
Jika anak hidup dengan malu, ia belajar berasa bersalah 
Jika anak hidup dengan tolak ansur, ia belajar menjadi penyabar 
Jika anak hidup dengan galakan, ia belajar menjadi yakin 
Jika anak hidup dengan pujian, ia belajar menghargai 
Jika anak hidup dengan keselamatan, ia belajar untuk mempercayai 
Jika anak belajar dengan keredhaan & persahabatan, ia belajar mencari cinta di dalam dunia, dan menyediakan dirinya untuk akhirat.
Buat sesiapa yang telah dan akan menjadi ibu dan ayah... Cubalah renungi kata-kata tersebut agar ianya sedikit sebanyak dapat membantu kita dalam membesarkan anak-anak kerana kaedah dan persekitaran kehidupan akan mempengaruhi sikap anak-anak........

Kibarkan Jalur Gemilang

JALUR GEMILANG

Merahmu bara semangat waja
Putihmu bersih budi pekerti
Kuning berdaulat payung negara
Biru perpaduan kami semua

Puncak dunia telah kau tawan
Lautan luas telah kau redah
Membawa semangat jiwa merdeka
Semarak jaya kami warganya

Empat belas melintang jalurnya
Semua negeri dalam Malaysia
Satu suara satu semangat
Itu sumpah warga berdaulat

Jalur gemilang... di bawah naunganmu
Jalur gemilang... kami semua bersatu
Perpaduan ketaatan
Amalan murni rakyat Malaysia
Jalur gemilang... megah kami terasa
Jalur gemilang... kibarkanlah wawasan
Merah putih biru kuning
Jalur semangat kami semua

Berkibarlah
Berkibarlah
Berkibarlah

- marilah kita bersama-sama mengibarkan jalur gemilang bersempena bulan kemerdekaan yang bakal tiba.... sayangilah bendera negara kita... seumpama menyayangi diri sendiri.... SELAMAT HARI MERDEKA.......

SALAM RAMADHAN

Ramadhan bulan yang mulia dah pun tiba... best dapat berpuasa.. dapat jaga kesihatan, makan dengan lebih teratur dan ni lah masanya usus kita berehat sikit...