Ho Chi Minh - Part 5 (Makanan Halal)

Assalamualaikum w.b.t...  Selamat menjalani ibadah puasa buat semua muslimin dan muslimat semua. Biasa la...bila berpuasa...asyik terfikir apa ye nak makan masa berbuka nanti.  So kat sini, aku nak kongsikan gambar-gambar tempat makan yang aku pergi masa kat Ho Chi Minh hari tu. Sekarang dah tak susah untuk dapatkan makan halal kat Ho Chi Minh ni.   Kalau ada peluang ke sana, cubalah makan kat tempat-tempat ni.  

Restoran Muslim Halal 641 terletak dalam kawasan masjid Cholon Jamial. Kat sini kami makan kari ikan, tomyam seafood, telur dadardan sayur campur.  Makanan kat sini sedap sangat.
 
Batang pokok ni duk betul-betul di tengah kedai. Agaknya tuan punya kedai sayang nak tebang kot.

Gerai Pho Muslim terletak di lorong belakang sebuah masjid. Alamatnya kena tengok kat signboard kat bawah ni. 
Kena tempuhi 2 lorong di belakang masjid, baru jumpa gerai Pho Muslim.
Pho bo (beef noodle) dan minum kopi ais yang best.  Kalau tak cuba rugi tau.
Saigon Green House

Papan tanda Saigon Green House.