Showing posts with label Chiang Rai. Show all posts
Showing posts with label Chiang Rai. Show all posts

Chiang Rai, Thailand

Hari ketiga percutian diteruskan ke Chiang Rai  dengan menaiki van yang mengambil masa 4 jam perjalanan dari Chiang Mai ke Chiangrai.  Kami pergi balik hari je.  Selepas hampir 2 jam perjalanan,  kami berhenti rehat di satu kawasan yang menempatkan  The Highest Hot Spring di  Thailand.  






Pintu gerbang.... ada di setiap bandar..


Mae Sai Town





Berjalan-jalan di bandar Mae Sai.... bersempadan dengan Myanmar.  Di sini banyak dijual batu-batu permata, malah sebahagian penjua boleh berbahasa Melayu dengan baik.
Member aku Gee dengan seorang wanita tempatan yang berniaga secara kecil-kecilan.
Di tugu The Northern Most Thailand 
Persempadanan antara Thailand dan Myanmar...  Jambatan yang menghubungkan Thailand dan Myanmar.

 Golden Triangle


Sempat lagi posing di depan peta Golden Triangle.




Golden Triangle  -  Laos, Myanmar dan Thailand
Menaiki bot menyusuri Sungai Mekong selama 30 minit, dimana sungai ini adalah sungai yang ke-10  terpanjang di dunia.  Mengalir dari Dataran Tibet di utara mengalir melalui Yunnan di China, Myanmar, Thailand, Laos, Kemboja dan Vietnam.

Cuaca yang cerah.... tiba-tiba...  
Dah agak mendung...
Semakin mendung....  nak hujan rupanya.






White Temple, Chiang Rai

Lebih kurang 10 minit perjalanan dari Chiang Rai, terdapat sebuah kuil Buddha iaitu Wat Rong Khun atau lebih dikenali oleh penduduk tempatan sebagai White Temple. Rekabentuk direka oleh anak tempatan Rong Khun, Mr. Chalermchai Kositpipat. White Temple menjadi kebanggaan masyarakat tempatan kerana keindahan dan keunikannya. Diperbuat menggunakan warna putih keseluruhan binaan dan dihiasi dengan kepingan kaca yang berkilauan.
Ni la... White Temple
Sebahagian arca yg terdapat di sekitar White Temple
Ni jambatan yang menuju ke dalam kuil utama... nak masuk kena berpakaian sopan... Tapi kita orang tak masuk coz tu tempat sembahyang dia orang... Tak sesuai le....
Kat tepi jambatan, ada banyak arca tangan2 yg menggapai.. Gayanya macam minta tolong dikeluarkan dari neraka... Serammmmm.....
Haa... yang ni lagi ngeri... seksi pun ye jugak... ntah apa nak kata... tetek melandut je... Tunggu kat kepala jambatan...
Tenang berenang dalam kolam sekitar White Temple
Bangunan kedai berhampiran
Pemandangan dari bahagian sisi bangunan... pagar pun putih berkilau...

Chiang Mai & Chiang Rai, Thailand - 4th. day

Hari ke-4 bertolak balik ke Chiang Mai... dalam perjalanan kami singgah di 2 projek OTOP di daerah Doi Sa Ket dan Mae Rim.
di perkarangan Hotel Palm Garden... relaks... sebelum meneruskan perjalanan...
Van dah siap sedia nak bergerak...

Beri taklimat..

Antara produk yg dihasilkan...





Masa memberi cenderamata...

Projek 'Natural Fibre Cloth' di Ban Huay Sai, Mae-Rim.
Mendengar taklimat... duduk kat kerusi yg dibuat sendiri oleh peserta projek.... simple &  jimat.....
Panas la pulak... jom duduk bwh pokok....
Produk daripada 'fibre cloth'
Hari terakhir....14 Jan... 
Bersama pemandu pelancong di airport Chiang Mai... 
dah nak balik...

Ching Mai & Chiang Rai - 3rd day

Hari ketiga... masih lagi di Chiang Rai, Thailand... nun jauh di utara Thailand... masa ni (12 Jan.) cuaca terang, angin sejuk sangat... suhunya 19 ^C...
Bandar Mae Sai... bersempadanan dgn Myanmar. Disini la tempat nak beli batu permata... cantik2... murah pulak tu..
Tut..tut.... Jom naik..
Di tugu bersempadanan Myanmar...
Jambatan yg menghubungkan Thailand & Myanmar...

Golden Triangle...
Bersama teman2... Nang, Wani & Diana...
Restoran yang menyediakan makanan halal untuk kita orang di Golden Triangle...
Pemandangan sepanjang perjalanan ke daerah Khuntan... nak tengok projek OTOP buat penyapu...

Ni la projek nye... buat secara manual je...
Berbagai penyapu yg dihasilkan..
Ni berus badan... nak buang daki... dibuat daripada sabut petola..