






Hari ni aku & teman-teman baru je selesai menduduki peperiksaan... Biasa la... ada yang boleh dijawap... ada yang main hentam je... paling tension... apa yang dibaca tak keluar...so kat sini mari kita sama-sama berkongsi cara-cara nak release tension...
3 - Buat perkara yang paling kita suka…contohnya pi tengok wayang ke.. pi shopping…emmm bestnya shopping…
4 - Bagi layanan yang istimewa pada diri sendiri… manjakan diri lah katakan… pergi salon gunting rambut … pergi spa…
5 - Bercakap dengan seseorang yang boleh memahami masalah kita terutamanya yang sanggup mendengar tanpa membuat apa-apa komen atau penilaian.
6 - Tidur secukupnya
7 - Makan.... paling best kalau makan coklat… tu aku la…
Don't worry be happy... jangan bimbang tanpa sebab... kerana ianya boleh membuatkan hidup kita tak tenteram.
Jangan simpan perasaan benci.... ianya hanya menjejaskan perasaan dan menimbulkan rasa dendam di hati.
Janganlah terlalu mengharap... harapan yang tak kesampaian akan mengecewakan kita.
Senyum... sentiasalah tersenyum.... kerana senyum itu satu sedekah.
Bersederhana... hiduplah secara sederhana... jangan amalkan 'biar papa asal bergaya'. Kesederhanaan adalah kesempurnaan.