Homestay Pulau Chekas, Kampung Peruas

Assalamualaikum....


Dalam bulan November 2013, aku berpeluang ke Homestay Pulau Chekas, Kampung Peruas. Kampung ni terletak lebih kurang 36 km dari bandar Raub. Pekan yang terhampir adalah Pekan Dong, lebih kurang 18 km je dari kampung ni.

Bagi pencinta alam, tempat ni memang sangat sesuai untuk diterokai.  Ada sungai dan air terjun yang cantik dan kalau bernasib baik serta kena pulak dengan musimnya, boleh tengok bunga padma (rafflesia) yang mekar berkembang. 3 km dari Pulau Chekas ni terdapatnya air terjun Lata Jarum. Aku tak sempat pun ke air terjun tu.  Setakat meronda dan melepak di sekitar Pulau Chekas je.

Untuk maklumat lanjut dan bagi sesiapa yang berminat untuk ke sana boleh la melayari http://kompacchekas.blogspot.com atau http://homestaykgperuas.blogspot.com.



Chalet Type A
Wakaf tempat menjamu selera






Chalet Type B
Dalam bilik chalet type A

Chalet Type B
Bilik Chalet Type B
Berhampiran dengan Homestay Pulau Chekas, ada MS Chemerkau Chekas Chalet. Maklumat lanjut boleh layari laman web http://www.msccchalet.com.  Tempat ni sangat sesuai untuk buat kursus yang mengandungi aktiviti out door terutamanya yang berbentuk Summer Camp.