Chiang Rai, Thailand

Hari ketiga percutian diteruskan ke Chiang Rai  dengan menaiki van yang mengambil masa 4 jam perjalanan dari Chiang Mai ke Chiangrai.  Kami pergi balik hari je.  Selepas hampir 2 jam perjalanan,  kami berhenti rehat di satu kawasan yang menempatkan  The Highest Hot Spring di  Thailand.  






Pintu gerbang.... ada di setiap bandar..


Mae Sai Town





Berjalan-jalan di bandar Mae Sai.... bersempadan dengan Myanmar.  Di sini banyak dijual batu-batu permata, malah sebahagian penjua boleh berbahasa Melayu dengan baik.
Member aku Gee dengan seorang wanita tempatan yang berniaga secara kecil-kecilan.
Di tugu The Northern Most Thailand 
Persempadanan antara Thailand dan Myanmar...  Jambatan yang menghubungkan Thailand dan Myanmar.

 Golden Triangle


Sempat lagi posing di depan peta Golden Triangle.




Golden Triangle  -  Laos, Myanmar dan Thailand
Menaiki bot menyusuri Sungai Mekong selama 30 minit, dimana sungai ini adalah sungai yang ke-10  terpanjang di dunia.  Mengalir dari Dataran Tibet di utara mengalir melalui Yunnan di China, Myanmar, Thailand, Laos, Kemboja dan Vietnam.

Cuaca yang cerah.... tiba-tiba...  
Dah agak mendung...
Semakin mendung....  nak hujan rupanya.






No comments:

Post a Comment