Jom makan...

Di sini aku nak paparkan makanan semasa kita orang kat Chiang Mai & Chiang Rai.... yg pastinya.... setiap kali makan tengahari @ makan malam... pasti ada tomyam... Sedapnye....

Antara menu yg disediakan di Hotel Al-Farooq... paling sedap kat sini la.....

Ni pun hidangan di Hotel Al-Farooq....

Hidangan semasa di Golden Triangle..... tomyam ikan... first time makan....

Hidangan di Chiang Rai.... Tauhu busuk goreng

Tomyam cendawan.... Logo halal tu mcm baru print je...

Kuih apa ni.... oooo....kuih tepung bungkus.. cara bungkus yg menarik


Tak tau apa nama makanan ni... diperbuat daripada pulut hitam, ada santan dan lauk yg dimasak dgn dgn santan...

White Temple, Chiang Rai

Lebih kurang 10 minit perjalanan dari Chiang Rai, terdapat sebuah kuil Buddha iaitu Wat Rong Khun atau lebih dikenali oleh penduduk tempatan sebagai White Temple. Rekabentuk direka oleh anak tempatan Rong Khun, Mr. Chalermchai Kositpipat. White Temple menjadi kebanggaan masyarakat tempatan kerana keindahan dan keunikannya. Diperbuat menggunakan warna putih keseluruhan binaan dan dihiasi dengan kepingan kaca yang berkilauan.
Ni la... White Temple
Sebahagian arca yg terdapat di sekitar White Temple
Ni jambatan yang menuju ke dalam kuil utama... nak masuk kena berpakaian sopan... Tapi kita orang tak masuk coz tu tempat sembahyang dia orang... Tak sesuai le....
Kat tepi jambatan, ada banyak arca tangan2 yg menggapai.. Gayanya macam minta tolong dikeluarkan dari neraka... Serammmmm.....
Haa... yang ni lagi ngeri... seksi pun ye jugak... ntah apa nak kata... tetek melandut je... Tunggu kat kepala jambatan...
Tenang berenang dalam kolam sekitar White Temple
Bangunan kedai berhampiran
Pemandangan dari bahagian sisi bangunan... pagar pun putih berkilau...

Chiang Mai & Chiang Rai, Thailand - 4th. day

Hari ke-4 bertolak balik ke Chiang Mai... dalam perjalanan kami singgah di 2 projek OTOP di daerah Doi Sa Ket dan Mae Rim.
di perkarangan Hotel Palm Garden... relaks... sebelum meneruskan perjalanan...
Van dah siap sedia nak bergerak...

Beri taklimat..

Antara produk yg dihasilkan...





Masa memberi cenderamata...

Projek 'Natural Fibre Cloth' di Ban Huay Sai, Mae-Rim.
Mendengar taklimat... duduk kat kerusi yg dibuat sendiri oleh peserta projek.... simple &  jimat.....
Panas la pulak... jom duduk bwh pokok....
Produk daripada 'fibre cloth'
Hari terakhir....14 Jan... 
Bersama pemandu pelancong di airport Chiang Mai... 
dah nak balik...

Ching Mai & Chiang Rai - 3rd day

Hari ketiga... masih lagi di Chiang Rai, Thailand... nun jauh di utara Thailand... masa ni (12 Jan.) cuaca terang, angin sejuk sangat... suhunya 19 ^C...
Bandar Mae Sai... bersempadanan dgn Myanmar. Disini la tempat nak beli batu permata... cantik2... murah pulak tu..
Tut..tut.... Jom naik..
Di tugu bersempadanan Myanmar...
Jambatan yg menghubungkan Thailand & Myanmar...

Golden Triangle...
Bersama teman2... Nang, Wani & Diana...
Restoran yang menyediakan makanan halal untuk kita orang di Golden Triangle...
Pemandangan sepanjang perjalanan ke daerah Khuntan... nak tengok projek OTOP buat penyapu...

Ni la projek nye... buat secara manual je...
Berbagai penyapu yg dihasilkan..
Ni berus badan... nak buang daki... dibuat daripada sabut petola..

Chiang Mai & Chiang Rai Thailand - 2nd. day

Hari ke 2 bertolak ke Chiang Rai.. sambil tu singgah melawat beberapa projek di sepanjang perjalanan.

Di hadapan Hotel Al-Farook, Chiang Mai

Projek OTOP Bawang Putih Jeruk Madu di Ban Pa Phai, Doi Saket

Pusat Pembangunan Pendidikan Diraja Huai Hong Khrai

Di depan pejabat Pusat Pembangunan Pendidikan Diraja Huai Hong Khrai

Sebahagian dari kawasannya yg luas

Berlatarbelakangkan tasik di Huai Hong Khrai

Antara projek yg dijalankan... ternakan katak...eeee..geli...

Setelah hampir 2 jam perjalanan... perut pun dah lapar.. so singgah makan di Restoran Aor Me Lee... Masakan halal...

Aduhhhh... laparnya...

Kat tepi restoran ada jambatan gantung... tengok tu... Wani bergaya...

Jeram pun cantik... nyaman sekali...



Perjalanan diteruskan... singgah pulak kat tempat air panas tertinggi di Thailand..
Panas betul air ni... sampaikan boleh rebus telor...
Jom kita rendam kaki... sambil tu... tayang betis sapa yg tembam...


Aksesori pun jual kat sini... rambang mata...













Org. kampung mukim Wiang Ka Long, Chiang Rai tengah bagi taklimat... dalam bhs Thai... fuhh... tak faham sepatah haram.. Nasib baik ada translator..
Ni la projek OTOP dia orang... tanaman cendawan butang. Dijual secara segar...
Cendawan panggang... pertama kali makan... sedap jugak rupanya...
Bersama pegawai yang terlibat dlm pembangunan komuniti desa di Thailand..
Di perkarangan luar halaman White Templer




Dicelah bunga2 di perkarangan White Templer.

Yellow Building... bersebelahan White Templer...

Berlatarbelakangkan White Templer.
Hotel Palm Garden di Chiang Rai, Thailand