Ho Chi Minh - Part 5 (Makanan Halal)

Assalamualaikum w.b.t...  Selamat menjalani ibadah puasa buat semua muslimin dan muslimat semua. Biasa la...bila berpuasa...asyik terfikir apa ye nak makan masa berbuka nanti.  So kat sini, aku nak kongsikan gambar-gambar tempat makan yang aku pergi masa kat Ho Chi Minh hari tu. Sekarang dah tak susah untuk dapatkan makan halal kat Ho Chi Minh ni.   Kalau ada peluang ke sana, cubalah makan kat tempat-tempat ni.  

Restoran Muslim Halal 641 terletak dalam kawasan masjid Cholon Jamial. Kat sini kami makan kari ikan, tomyam seafood, telur dadardan sayur campur.  Makanan kat sini sedap sangat.
 
Batang pokok ni duk betul-betul di tengah kedai. Agaknya tuan punya kedai sayang nak tebang kot.

Gerai Pho Muslim terletak di lorong belakang sebuah masjid. Alamatnya kena tengok kat signboard kat bawah ni. 
Kena tempuhi 2 lorong di belakang masjid, baru jumpa gerai Pho Muslim.
Pho bo (beef noodle) dan minum kopi ais yang best.  Kalau tak cuba rugi tau.
Saigon Green House

Papan tanda Saigon Green House.

Ho Chi Minh - Part 4 (City Tour)

Hari ketiga kami melawat ke beberapa tempat lagi... War Reminants Museum, Central Post Office dan Notre Dame Catheral.  

Muzium Perang (War Reminants Museum)

Salah sebuah bangunan yang mempunyai rekabentuk yang menarik di tengah bandar
Notre Dame Cathedral Basilica, bangunan bersejarah yang dibina semasa penjajahan Perancis.

Pejabat Pos Besar Saigon 
Hard Rock Cafe Ho Chi Minh City

Ho Chi Minh - Part 3 (City Tour)

Balik dari Sungai Mekong, kami meronda-ronda sekitar bandar Ho Chi Minh.  Agenda utama.. dah tentulah shopping barangan untuk dibawa pulang... baju kurung, telekung dan makanan ringan.
Pasar Ben Thanh  
Tugu pahlawan Ho Chi Minh berhadapan pasar  Ben Thanh.
 
 
 
Butik-butik yang menjual aneka fesyen baju kurung, telekung dan tudung.
Suasana malam di depan pasar Ben Thanh
Masyarakat Vietnam menjamu selera di gerai tepi jalan.
Taka Plaza... salah sebuah shopping complex yang kita orang sangat suka dikunjungi.
 
 
Design topi keledar yang sangat menarik... banyak dijual di Ho Chi Minh.
Gubahan bunga segar yang dijual di pasar Ben Thanh.
Buah-buahan tempatan.