Damailah Ibu Di Sana.... Inna lillah

 Inna lillahi wa inna ilayhi raji'un (إِنَّا لِلّهِ وَإِنَّـا إِلَيْهِ رَاجِعونَ)
23 Mac 2013... mak meninggalkan dunia ini, suami dan anak-anaknya...
 Al-Fatihah...Semoga roh mak dicucuri rahmat dan ditempatkan dikalangan orang-orang yang beriman... Amin

Chiang Mai, Thailand


25 - 28 Oktober 2008,  aku ke Chiang Mai dan Chiang Rai, Thailand dengan kawan-kawan. Di sini aku paparkan sebahagian dari gambar-gambar semasa di sana untuk dikongsi bersama. 

Bermain dengan rama-rama di Orchid Farm


Mae Sa Elephant Champ
Mae Sa Elephant Champ... di sini boleh tengok pelbagai aksi gajah... ada yang buat petunjukan, bagi makan dan mandikan gajah pun bioleh.
Pembuatan kraf payung

Chiang Rai, Thailand

Hari ketiga percutian diteruskan ke Chiang Rai  dengan menaiki van yang mengambil masa 4 jam perjalanan dari Chiang Mai ke Chiangrai.  Kami pergi balik hari je.  Selepas hampir 2 jam perjalanan,  kami berhenti rehat di satu kawasan yang menempatkan  The Highest Hot Spring di  Thailand.  






Pintu gerbang.... ada di setiap bandar..


Mae Sai Town





Berjalan-jalan di bandar Mae Sai.... bersempadan dengan Myanmar.  Di sini banyak dijual batu-batu permata, malah sebahagian penjua boleh berbahasa Melayu dengan baik.
Member aku Gee dengan seorang wanita tempatan yang berniaga secara kecil-kecilan.
Di tugu The Northern Most Thailand 
Persempadanan antara Thailand dan Myanmar...  Jambatan yang menghubungkan Thailand dan Myanmar.

 Golden Triangle


Sempat lagi posing di depan peta Golden Triangle.




Golden Triangle  -  Laos, Myanmar dan Thailand
Menaiki bot menyusuri Sungai Mekong selama 30 minit, dimana sungai ini adalah sungai yang ke-10  terpanjang di dunia.  Mengalir dari Dataran Tibet di utara mengalir melalui Yunnan di China, Myanmar, Thailand, Laos, Kemboja dan Vietnam.

Cuaca yang cerah.... tiba-tiba...  
Dah agak mendung...
Semakin mendung....  nak hujan rupanya.