Pulau Tioman

Jun 2013,  aku berkesempatan ke Pulau Tioman kerana ada terlibat dengan dengan program untuk masyarakat desa di sana.  Kami berada di sana selama 4 hari 3 malam. Kami ke Pulau Tioman dengan menaiki Berjaya Air yang mengambil masa selama 1 jam lebih untuk sampai.

Penerbangan Berjaya Air yang boleh memuatkan 48 tempat duduk di Lapangan Terbang Sultan Abdul Aziz Shah (Skypark), Subang.  
Peladang Tioman Chalet... antara penginapan yang ada di Tioman. 


Suasana malam di Jeti Tioman.


Ronda-ronda ke Kg. Juara,  di sini ada banyak chalet yang menarik dan pemandangan lautnya lebih cantik. 



Senja di Tioman



Air laut yang sangat jernih....

Keluang tersangat la banyak di pulau ni... waktu siang penuh bergayut tidur kat pokok-pokok. 
Jeti bot penumpang.












Ho Chi Minh - Part 5 (Makanan Halal)

Assalamualaikum w.b.t...  Selamat menjalani ibadah puasa buat semua muslimin dan muslimat semua. Biasa la...bila berpuasa...asyik terfikir apa ye nak makan masa berbuka nanti.  So kat sini, aku nak kongsikan gambar-gambar tempat makan yang aku pergi masa kat Ho Chi Minh hari tu. Sekarang dah tak susah untuk dapatkan makan halal kat Ho Chi Minh ni.   Kalau ada peluang ke sana, cubalah makan kat tempat-tempat ni.  

Restoran Muslim Halal 641 terletak dalam kawasan masjid Cholon Jamial. Kat sini kami makan kari ikan, tomyam seafood, telur dadardan sayur campur.  Makanan kat sini sedap sangat.
 
Batang pokok ni duk betul-betul di tengah kedai. Agaknya tuan punya kedai sayang nak tebang kot.

Gerai Pho Muslim terletak di lorong belakang sebuah masjid. Alamatnya kena tengok kat signboard kat bawah ni. 
Kena tempuhi 2 lorong di belakang masjid, baru jumpa gerai Pho Muslim.
Pho bo (beef noodle) dan minum kopi ais yang best.  Kalau tak cuba rugi tau.
Saigon Green House

Papan tanda Saigon Green House.

Ho Chi Minh - Part 4 (City Tour)

Hari ketiga kami melawat ke beberapa tempat lagi... War Reminants Museum, Central Post Office dan Notre Dame Catheral.  

Muzium Perang (War Reminants Museum)

Salah sebuah bangunan yang mempunyai rekabentuk yang menarik di tengah bandar
Notre Dame Cathedral Basilica, bangunan bersejarah yang dibina semasa penjajahan Perancis.

Pejabat Pos Besar Saigon 
Hard Rock Cafe Ho Chi Minh City