Chiang Mai & Chiang Rai Thailand - 1st day

10 - 14hb. Jan. 2010, aku ke Chiang Mai & Chiang Rai, Thailand bersama Pegawai agensi KKLW, JKKK Kg. Kilim, Kg. Gong Guchil, Kg. Salong, Kg. Mawai Baru, Kg. Luanti Baru dan Kg. Berundong. Sebenarnya ni kali kedua aku ke Chiang Mai & Chiang Rai,   bezanya dulu pegi bercuti... kali ni lawatan rasmi. Di sini disertakan gambar-gambar sepanjang lawatan. Disebabkan terlalu banyak gambar so dipecahkan mengikut hari.

Hari pertama di Chiang Mai..

di Bosang Craft  Village ...

Apa yg depa dok terlenggak tu...
La... dengar Dekca (pemandu pelancong) bagi penerangan rupanya.. pasal Saa Tree...



Rangka payung.... buat daripada buluh....
Payung yg dah siap tp belum dilukis...
Atas handphone pun boleh lukis...tak mahal 50 bath je...
Macam mana?!!!... Cantik kan...
Melawat projek buah-buahan kering oleh Ban Kwai Women Farmer's Community Ent. Group, Mukim Tha Kwang, Daerah Sarapee.
Paling menarik dia org punya 'packaging', walaupun buat kat kampung & di bengkel kecil je tapi 'packaging'nya tetap menarik. Baru la orang  minat nak beli.
Shiwatra...tempat penghasilan kain sutera di Chiang Mai...
Sebahagian peserta lawatan
Hotel Al- Farooq terletak di kawasan majoriti muslim...
Selesa sangat.....
Ni van yang digunakan selama di sana... 8 buah semuanya dengan bermacam2 jenis & kategori van... yang pasti... semuanya selesa.

Van yang guna plat no. warna putih dengan tulisan warna biru ni - dah ada road tax...
Ni pulak van baru...masih dalam tempoh percubaan 3 bulan sebab tu plat no. dia warna kuning bertulisan hitam..

Yang ni lagi terror.. langsung tak de plat no..road tax apatah lagi... tuan punya dia kata baru sebulan dikeluarkan tapi dah boleh jalan 'on the road'.. Bagus betul Thailand ni...

Pengakhiran Sebuah Kehidupan

Salam buat semua.... Kembali lagi... dah lama tak meng'update'  blog aku ni.  Maklum le sibuk... siang sibuk dengan kerja.. malam dok mengadap FB pulak.   Minggu ni aku asyik dengar berita kematian je.. Kata orang kalau  bermulanya satu kematian.. akan ada lagi beberapa kematian bakal menyusul... Yang pastinya.. hidup lawannya mati,  cuma kita tak tau je bila masa kita akan tiba.   Aku pernah terbaca satu artikel mengenai Tanda-tanda Kematian... dan ingin dikongsikan bersama anda semua. 


TANDA-TANDA KEMATIAN UNTUK ORANG ISLAM

Menurut ulamak memang ujud tanda-tanda kematian dan ianya adalah benar dan  cuma amalan serta ketakwaan kita sahaja yang akan dapat membezakan kepekaan kita kepada tanda-tanda ini.  Rasulallah S.A.W diriwayatkan masih mampu memperlihat dan menceritakan kepada keluarga dan sahabat secara lansung akan kesukaran menghadapi sakaratulmaut dari awal hinggalah akhirnya hayat Baginda.  Imam Ghazali rahimahullah diriwayatkan memperolehi tanda-tanda ini sehinggakan beliau mampu menyediakan dirinya untuk menghadapi sakaratulmaut secara sendirian.  Beliau menyediakan dirinya dengan segala persiapan termasuk mandinya, wuduknya serta kafannya sekali cuma ketika sampai bahagian tubuh dan kepala sahaja beliau telah memanggil abangnya iaitu Imam Ahmad Ibnu Hambal untuk menyambung tugas tersebut.  Beliau wafat ketika Imam Ahmad bersedia untuk mengkafankan bahagian mukanya.  Adapun riwayat -riwayat ini memperlihatkan kepada kita sesungguhnya Allah SWT tidak pernah berlaku zalim kepada hambanya.

Tanda-tanda yang diberikan adalah untuk menjadikan kita umat Islam supaya dapat bertaubat dan bersedia dalam perjalanan menghadap Allah SWT.  Walaubagaimanapun semua tanda-tanda ini akan berlaku kepada orang-orang Islam sahaja manakala orang-orang kafir iaitu orang yang menyekutukan Allah nyawa mereka ini akan terus direntap tanpa sebarang peringatan sesuai dengan kekufuran mereka kepada Allah SWT.

Adapun tanda-tanda ini terbahagi kepada beberapa keadaan :

Tanda 100 hari sebelum hari mati.
Ini adalah tanda pertama dari Allah SWT kepada hambanya dan hanya akan disedari oleh mereka-mereka yang dikehendakinya. Walaubagaimanapun semua orang Islam akan mendapat tanda ini cuma samada mereka sedar atau tidak sahaja.  Tanda ini akan berlaku lazimnya selepas waktu Asar.  Seluruh tubuh iaitu dari hujung rambut sehingga ke hujung kaki akan mengalami getaran atau seakan-akan mengigil. Contohnya seperti daging lembu yang baru disembelih dimana jika diperhatikan dengan teliti kita akan mendapati daging tersebut seakan-akan bergetar. Tanda ini rasanya lazat dan bagi mereka sedar dan berdetik di hati bahawa mungkin ini adalah tanda mati maka getaran ini akan berhenti dan hilang setelah kita sedar akan kehadiran tanda ini.  Bagi mereka yang tidak diberi kesedaran atau mereka yang hanyut dengan kenikmatan tanpa memikirkan soal kematian, tanda ini akan lenyap begitu sahaja tanpa sebarang munafaat.  Bagi yang sedar dengan kehadiran tanda ini maka ini adalah peluang terbaik untuk memunafaatkan masa yang ada untuk mempersiapkan diri dengan amalan dan urusan yang akan dibawa atau ditinggalkan sesudah mati.

Tanda 40 hari sebelum hari mati
Tanda ini juga akan berlaku sesudah waktu Asar. Bahagian pusat kita akan berdenyut-denyut. Pada ketika ini daun yang tertulis nama kita akan gugur dari pokok yang letaknya di atas Arash Allah SWT. Maka malaikatmaut akan mengambil daun tersebut dan mula membuat persediaannya ke atas kita antaranya ialah ia akan mula mengikuti kita sepanjang masa. Akan terjadi malaikatmaut ini akan memperlihatkan wajahnya sekilas lalu dan jika ini terjadi, mereka yang terpilih ini akan merasakan seakan-akan bingung seketika. Adapun malaikatmaut ini wujudnya cuma seorang tetapi kuasanya untuk mencabut nyawa adalah bersamaan dengan jumlah nyawa yang akan dicabutnya.

Tanda 7 hari
Adapun tanda ini akan diberikan hanya kepada mereka yang diuji dengan musibah kesakitan di mana orang sakit yang tidak makan secara tiba-tiba ianya berselera untuk makan.

Tanda 3 hari
Pada ketika ini akan terasa denyutan di bahagian tengah dahi kita iaitu diantara dahi kanan dan kiri. Jika tanda ini dapat dikesan maka berpuasalah kita selepas itu supaya perut kita tidak mengandungi banyak najis dan ini akan memudahkan urusan orang yang akan memandikan kita nanti. Ketika ini juga mata hitam kita tidak akan bersinar lagi dan bagi orang yang sakit hidungnya akan perlahan-lahan jatuh dan ini dapat dikesan jika kita melihatnya dari bahagian sisi.  Telinganya akan layu dimana bahagian hujungnya akan beransur-ansur masuk ke dalam. Telapak kakinya yang terlunjur akan perlahan-lahan jatuh ke depan dan sukar ditegakkan.

Tanda 1 hari
Akan berlaku sesudah waktu Asar di mana kita akan merasakan satu denyutan di sebelah belakang iaitu di kawasan ubun-ubun di mana ini menandakan kita tidak akan sempat untuk menemui waktu Asar keesokan harinya.

Tanda akhir
Akan berlaku keadaan di mana kita akan merasakan satu keadaan sejuk di bahagian pusat dan ianya akan turun ke pinggang dan seterusnya akan naik ke bahagian halkum. Ketika ini hendaklah kita terus mengucap kalimah syahadah dan berdiam diri dan menantikan kedatangan malaikatmaut untuk menjemput kita kembali kepada Allah SWT yang telah menghidupkan kita dan sekarang akan mematikan pula.

Kesimpulannya
Sesungguhnya marilah kita bertaqwa dan berdoa kepada Allah SWT semuga kita adalah di antara orang-orang yang yang dipilih oleh Allah yang akan diberi kesedaran untuk peka terhadap tanda-tanda mati ini semoga kita dapat membuat persiapan terakhir dalam usaha memohon keampunan samada dari Allah SWT mahupun dari manusia sendiri dari segala dosa dan urusan hutang piutang kita. Walau bagaimanapun sesuai dengan sifat Allah SWT yang maha berkuasa lagi pemurah lagi maha mengasihani maka diriwatkan bahawa tarikh mati seseorang manusia itu masih boleh diubah dengan amalan doa iaitu samada doa dari kita sendiri ataupun doa dari orang lain.  Namun ianya adalah ketentuan Allah SWT semata-mata.

Oleh itu marilah kita bersama-sama berusaha dan berdoa semuga kita diberi hidayah dan petunjuk oleh Allah SWT serta kelapangan masa dan kesihatan tubuh badan dan juga fikiran dalam usaha kita untuk mencari keredhaan Allah SWT samada di dunia mahupun akhirat. Apa yang baik dan benar itu datangnya dari Allah SWT dan apa yang salah dan silap itu adalah dari kelemahan manusia itu sendiri.    WALLAHUA`LAM.

Re-union KSPM ITM 88-91


DSC04692, originally uploaded by linabun.

Majlis re-union bekas pelajar KSPM ITM 88-91 di Kelang, Selangor

RELEASE TENSION...

Salam buat semua...

Hari ni aku & teman-teman baru je selesai menduduki peperiksaan... Biasa la... ada yang boleh dijawap... ada yang main hentam je... paling tension...  apa yang dibaca tak keluar...so kat sini mari kita sama-sama berkongsi cara-cara nak release tension... 

1 -  Tarik nafas panjang-panjang… lepas tu lepaskan secara perlahan-lahan... puhhh... leganye...

2  - Buat urutan aromaterapi ....  best & nyamannya....        

3  -  Buat perkara yang paling kita suka…contohnya pi tengok wayang ke.. pi shopping…emmm bestnya shopping…      



4  -  Bagi layanan yang istimewa pada diri sendiri… manjakan diri lah katakan… pergi salon gunting rambut … pergi spa…


5  -  Bercakap dengan seseorang yang boleh memahami masalah kita terutamanya yang sanggup mendengar tanpa membuat apa-apa komen atau penilaian.   

6  -  Tidur secukupnya    


 7  -  Makan.... paling best kalau makan coklat… tu aku la…



8  -  Buat aktiviti regangan... betulkan urat-urat yang dah tegang tu..

9  -  Bertawakal dan sentiasa bersyukur… kalau dah salah jawap exam tu… tawakal je la…

10  -  Sentiasa berpandangan positif… hati pun tak sakit…

11  -  Pergi bercuti… relakskan diri…
ni yang paling disukai 

ZOO NEGARA

Hari Sabtu yang redup bersama famili di Zoo Negara... Just to release tension anak-anak... coz asyik dok kat rumah je cuti sekolah ni....

Tengok persembahan singa laut...


Posing berlatarbelakangkan unta.... Bergaya sakan.....



Apa tengok2... Cantiknya tanduk... Manjanya dia....


Comelnya badak air ni... Relaks sambil dok tengok pengunjung...

Relaks sekejap sambil posing.......


Flamingo... Sekawan seladang...

KUIH MUIH


Cantik dan menarik kuih apam dan krim puff ni...

Sedapnye kuih-kuih ni.... di temui di Kg. Pengkalan Binjai, Kemaman.

STAY CALM...STAY COOL...




Don't worry be happy... jangan bimbang tanpa sebab... kerana ianya boleh membuatkan hidup kita tak tenteram.

Jangan simpan perasaan benci.... ianya hanya menjejaskan perasaan dan menimbulkan rasa dendam di hati.

Janganlah terlalu mengharap... harapan yang tak kesampaian akan mengecewakan kita.

Senyum... sentiasalah tersenyum.... kerana senyum itu satu sedekah.

Bersederhana... hiduplah secara sederhana... jangan amalkan 'biar papa asal bergaya'. Kesederhanaan adalah kesempurnaan.

BERSAMALAH MENCEGAH H1N1

Sehingga ke hari ini demam selsema babi (H1N1) masih berleluasa.   Pihak kementerian kesihatan giat menjalankan kempen pencegahannya.   Mencegah itu adalah lebih baik dari merawat.   Jadi... lindungilah ahli keluarga masing-masing dari menjadi mangsa H1N1.   Apa yang anda perlu lakukan?

1.   Kerap membasuh tangan dengan sabun, terutama sebelum mengambil makanan.
2.  Tidur yang cukup dan sentiasa aktif.
3.  Minum banyak air dan ambil makanan berkhasiat.
4.  Ambil Vitamin C sebagai tambahan.
5.  Kurangkan mengunjungi tempat awam dan pakai topeng muka.
6.  Perlu segera membawa anak yang demam ke klinik untuk rawatan.

Apakah Tanda-tanda Simptom Virus H1N1?

Hari 1 - rasa kurang sihat, tak bermaya Hari 2 - selsema, batuk dan demam yang kekal (demam tidak turun walaupun telah makan ubat) Hari 3 - rasa kurang selesa di bahagian dada dan sesak nafas 
Hari 4 - sakit dada yang teruk. Jumpa doktor dengan segera!!
Hari 5 & seterusnya - LUNG COLLAPSE AND COMA..

ANCAMAN VIRUS H1N1 DI BULAN RAMADHAN DAN SHAWAL

Sebagai peringatan kepada semua bahawa ancaman ini adalah realiti kehidupan yang datang ketika kita menyambut kedatangan Ramadhan dan hari raya nanti. Perlu diingat bahawa kanak-kanak mempunyai tahap ancaman 14 kali lebih tinggi daripada dewasa seperti kita.    Maka berhati-hatilah ketika:

a)   Kunjungan ke bazaar Ramadhan
b)   Kunjungan ke pusat membeli belah yang sesak
c)   Menghadiri jamuan berbuka puasa di hotel atau restoran yang ramai orang
d)   Solat jumaat, solat tarawih, solat aidilfitri di masjid yang penuh
e)   Ziarah menziarahi dihari raya, berpeluk cium dan bersalaman
Setelah kita berusaha,  akhirnya kita perlulah bertawakal kepada Allah dan memohon doa kepadaNya agar dijauhkan diri kita, kaum keluarga dan para Muslimin sekelian dari dijangkiti wabak tersebut.

31 Ogos .... Hari Kemerdekaan

Hari ni 31 Ogos... hari kemerdekaan dengan temanya 1 Malaysia, Rakyat Didahulukan, Pencapaian Diutamakan. Sama-samalah kita hayati senikata lagu ni...
Tanggal 31
Bulan lapan lima puluh tujuh
Merdeka ! Merdeka !
Tetaplah merdeka
Ia pasti menjadi sejarah

Tanggal 31
Bulan lapan lima puluh tujuh
Hari yang mulia
Hari bahagia
Sambut dengan jiwa yang merdeka

Mari kita seluruh warga negara
Ramai-ramai menyambut hari merdeka
Merdeka !
Tiga satu bulan lapan lima puluh tujuh
Hari mulia negaraku merdeka