BERSAMALAH MENCEGAH H1N1

Sehingga ke hari ini demam selsema babi (H1N1) masih berleluasa.   Pihak kementerian kesihatan giat menjalankan kempen pencegahannya.   Mencegah itu adalah lebih baik dari merawat.   Jadi... lindungilah ahli keluarga masing-masing dari menjadi mangsa H1N1.   Apa yang anda perlu lakukan?

1.   Kerap membasuh tangan dengan sabun, terutama sebelum mengambil makanan.
2.  Tidur yang cukup dan sentiasa aktif.
3.  Minum banyak air dan ambil makanan berkhasiat.
4.  Ambil Vitamin C sebagai tambahan.
5.  Kurangkan mengunjungi tempat awam dan pakai topeng muka.
6.  Perlu segera membawa anak yang demam ke klinik untuk rawatan.

Apakah Tanda-tanda Simptom Virus H1N1?

Hari 1 - rasa kurang sihat, tak bermaya Hari 2 - selsema, batuk dan demam yang kekal (demam tidak turun walaupun telah makan ubat) Hari 3 - rasa kurang selesa di bahagian dada dan sesak nafas 
Hari 4 - sakit dada yang teruk. Jumpa doktor dengan segera!!
Hari 5 & seterusnya - LUNG COLLAPSE AND COMA..

ANCAMAN VIRUS H1N1 DI BULAN RAMADHAN DAN SHAWAL

Sebagai peringatan kepada semua bahawa ancaman ini adalah realiti kehidupan yang datang ketika kita menyambut kedatangan Ramadhan dan hari raya nanti. Perlu diingat bahawa kanak-kanak mempunyai tahap ancaman 14 kali lebih tinggi daripada dewasa seperti kita.    Maka berhati-hatilah ketika:

a)   Kunjungan ke bazaar Ramadhan
b)   Kunjungan ke pusat membeli belah yang sesak
c)   Menghadiri jamuan berbuka puasa di hotel atau restoran yang ramai orang
d)   Solat jumaat, solat tarawih, solat aidilfitri di masjid yang penuh
e)   Ziarah menziarahi dihari raya, berpeluk cium dan bersalaman
Setelah kita berusaha,  akhirnya kita perlulah bertawakal kepada Allah dan memohon doa kepadaNya agar dijauhkan diri kita, kaum keluarga dan para Muslimin sekelian dari dijangkiti wabak tersebut.

No comments:

Post a Comment