BERSAMALAH MENCEGAH H1N1
1. Kerap membasuh tangan dengan sabun, terutama sebelum mengambil makanan.
2. Tidur yang cukup dan sentiasa aktif.
3. Minum banyak air dan ambil makanan berkhasiat.
4. Ambil Vitamin C sebagai tambahan.
5. Kurangkan mengunjungi tempat awam dan pakai topeng muka.
6. Perlu segera membawa anak yang demam ke klinik untuk rawatan.
Apakah Tanda-tanda Simptom Virus H1N1?
Hari 1 - rasa kurang sihat, tak bermaya Hari 2 - selsema, batuk dan demam yang kekal (demam tidak turun walaupun telah makan ubat) Hari 3 - rasa kurang selesa di bahagian dada dan sesak nafas
Hari 4 - sakit dada yang teruk. Jumpa doktor dengan segera!!
Hari 5 & seterusnya - LUNG COLLAPSE AND COMA..
ANCAMAN VIRUS H1N1 DI BULAN RAMADHAN DAN SHAWAL
Sebagai peringatan kepada semua bahawa ancaman ini adalah realiti kehidupan yang datang ketika kita menyambut kedatangan Ramadhan dan hari raya nanti. Perlu diingat bahawa kanak-kanak mempunyai tahap ancaman 14 kali lebih tinggi daripada dewasa seperti kita. Maka berhati-hatilah ketika:
a) Kunjungan ke bazaar Ramadhan
b) Kunjungan ke pusat membeli belah yang sesak
c) Menghadiri jamuan berbuka puasa di hotel atau restoran yang ramai orang
d) Solat jumaat, solat tarawih, solat aidilfitri di masjid yang penuh
e) Ziarah menziarahi dihari raya, berpeluk cium dan bersalaman
Setelah kita berusaha, akhirnya kita perlulah bertawakal kepada Allah dan memohon doa kepadaNya agar dijauhkan diri kita, kaum keluarga dan para Muslimin sekelian dari dijangkiti wabak tersebut.
31 Ogos .... Hari Kemerdekaan
Merdeka ! Merdeka !
Tetaplah merdeka
Ia pasti menjadi sejarah
Tanggal 31
Bulan lapan lima puluh tujuh
Hari yang mulia
Hari bahagia
Sambut dengan jiwa yang merdeka
Mari kita seluruh warga negara
Ramai-ramai menyambut hari merdeka
Merdeka !
Tiga satu bulan lapan lima puluh tujuh
Orkid





ANAK....

Kibarkan Jalur Gemilang
JALUR GEMILANG Merahmu bara semangat waja
Putihmu bersih budi pekerti
Kuning berdaulat payung negara
Biru perpaduan kami semua
Puncak dunia telah kau tawan
Lautan luas telah kau redah
Membawa semangat jiwa merdeka
Semarak jaya kami warganya
Empat belas melintang jalurnya
Semua negeri dalam Malaysia
Satu suara satu semangat
Itu sumpah warga berdaulat
Jalur gemilang... di bawah naunganmu
Jalur gemilang... kami semua bersatu
Perpaduan ketaatan
Amalan murni rakyat Malaysia
Jalur gemilang... megah kami terasa
Jalur gemilang... kibarkanlah wawasan
Merah putih biru kuning
Jalur semangat kami semua
Berkibarlah
Berkibarlah
Berkibarlah
- marilah kita bersama-sama mengibarkan jalur gemilang bersempena bulan kemerdekaan yang bakal tiba.... sayangilah bendera negara kita... seumpama menyayangi diri sendiri.... SELAMAT HARI MERDEKA.......
SALAM RAMADHAN

Tip Untuk Mencapai Kesihatan Mental Yang Baik
- Mengamalkan cara hidup sihat
- Berfikiran positif
- Bersikap lebih realistik
- Tangani setiap kritikan dengan bijak
- Buat keputusan yang bijak
- Belajar jadi diri sendir
- Dengar suara hati anda
- Bina keluarga bahagia
- Kongsi masalah dengan orang yang boleh dipercayai
Telor baru atau lama
Macam mana nak kenal telor lama atau baru? Memang susah nak kenal yang mana satu yang lama dan mana satu baru coz dari luaran nampak sama je. Caranya mudah je... sediakan semangkuk air bercampur garam... masukkan telor ke dalam mangkuk tersebut dan tengok samada dia timbul atau tenggelam. Kalau tenggelam bermakna ianya masih segar dan baru tetapi kalau ianya timbul, eloklah diasingkan atau dibuang je.. merosakkan masakan je nanti.Happy Father's Day

A Dad is a person
who is loving and kind,
And often knows
what you have on your mind.
He’s someone who listens,
suggests and defends,
A dad can be one
of your very best friend!
He’s proud of your triumphs,
but when things go wrong,
A dad can be patient
and helpful and strong,
In all that you do,
a dad’s love plays a part,
There’s always a place for him
deep in your heart,
And each year that passes,
you’re even more glad,
More grateful and proud
just to call him your dad!
Thank you, Dad…
for listening and caring,
For giving and sharing,
but, especially, for just being you!
HAPPY FATHER'S DAY
TIP ELAK TEKANAN
Setiap orang pasti pernah menghadapi tekanan... cuma cara nak mengatasinya saja yang berbeza. Di sini aku nak kongsikan tip bagi elakkan diri dari menghadapi tekanan yang keterlaluan. Semoga ianya dapat membantu sesiapa yang berada dalam situasi ni...
- Terima tekanan dengan hati yang terbuka. Hidup kita seperti roda, ada masa kita menghadapi stress.. ada kalanya orang lain yang hadapi. So, anggap je la ianya sebagai fitrah kehidupan.
- Jangan bertindak terburu-buru. Apabila menghadapi tekanan, jangan bertindak terburu-buru terutama dalam membuat keputusan penting. Fikirkanlah dulu secara rasional pro dan kontranya.... supaya tak menyesal di kemudian hari.
- Jangan biarkan perasaan negatif menguasai diri. Semasa menghadapi stress, jangan membuarkan perasaan negatif mnguasai diri tetapi halusilaah setiap tekanan yang datang secara prositif. Ini akan dapat membantu diri menjadi lebih tenang dan berfikiran lebih rasional.
- Jika menghadapi tekanan, carilah seseorang yang boleh menjadi tempat untuk berkongsi masalah dan berbincang mengenai tekanan yang dihadapi. Cara ini akan dapat membantu mengurangkan bebanan tekanan.
- Jangan memendam rasa tetapi carilah jalan untuk menyelesaikan masalah dan tekanan.
" Orang yang percaya akan dirinya tidak mengharapkan pujian. Orang yang mengharapkan pujian nescaya ragu-ragu akan harga dirinya."




