Ho Chi Minh - Part 3 (City Tour)

Balik dari Sungai Mekong, kami meronda-ronda sekitar bandar Ho Chi Minh.  Agenda utama.. dah tentulah shopping barangan untuk dibawa pulang... baju kurung, telekung dan makanan ringan.
Pasar Ben Thanh  
Tugu pahlawan Ho Chi Minh berhadapan pasar  Ben Thanh.
 
 
 
Butik-butik yang menjual aneka fesyen baju kurung, telekung dan tudung.
Suasana malam di depan pasar Ben Thanh
Masyarakat Vietnam menjamu selera di gerai tepi jalan.
Taka Plaza... salah sebuah shopping complex yang kita orang sangat suka dikunjungi.
 
 
Design topi keledar yang sangat menarik... banyak dijual di Ho Chi Minh.
Gubahan bunga segar yang dijual di pasar Ben Thanh.
Buah-buahan tempatan.


Ho Chi Minh - Part 2 (Sungai Mekong)

Hari kedua kami ke Sungai Mekong dengan menaiki van. Terletak lebih kurang 70km dari bandar Ho Chi Minh, 2 jam perjalanan. 
Pintu masuk ke jeti.
 
Bersama Snow, pemandu pelancung di Sungai Mekong.
                               
Bot yang digunakan untuk menyusuri Sungai Mekong. 

Ho Chi Minh - Part 1

April 2013 aku, Midah, Farah dan Wani ke Ho Chi Minh.  Ni kali pertama aku dan Farah ke sana, Wani dan Midah dah banyak kali. Dah macam balik kampung je pada dia orang tu... Entri kali ni aku nak kongsikan gambar-gambar semasa di sana. 
 
Teksi Vinasun yang kami gunakan semasa di Ho Chi Minh. 
Sebahagian bandar Ho Chi Minh yang sedang membangun.

 Kami sampai lebih kurang pukul 12.30 tengahari waktu tempatan.  Perut pun dah lapar, so kami kena cari tempat makan dulu... kami ke Restoran VN Halal yang terletak tak jauh dari hotel penginapan untuk makan tengahari.  Antara menu yang dicuba adalah seperti gambar yang dipaparkan.
Restoran VN Halal antara restoran yang kerap dikunjungi oleh pelancong-pelancong dari Malaysia.
Air Limau Asam Boi  
Mee Mamak versi Vietnam
Pho Bo @Beef noodle

Kami menginap di Hotel Thanh Thu di District 1, Ho Chi Minh. Hotel ni terletak bersebelahan dengan Hotel Saigon Pink. Hotel ni agak selesa lengkap dengan kemudahan tv dan fridge. Ada banyak hotel sekitar District 1, malah tempat ni dekat sangat dengan pasar Ben Thanh yang famous tu. 
 
Destinasi pertama,  kami ke Binh Tay Market juga dikenali sebagai China Town. Terletak di Jalan Thap Muoi, pinggir District 6.  Macam-macam ada...beg, pakaian, kain pasang etc.  Tumpuan utama kita orang, tentu la kain pasang,  macam-macam design ada, cantik-cantik...harga pun murah.  Rambang mata mak cik...
 
  
 
 
Sekitar kawasan hotel yang kita orang tinggal, terdapat wanita-wanita yang menjual buah-buahan tempatan. Hari-hari la kami beli buah.
Buah mangga bersama cili garamnya.
Buah manggis dan buah longan yang besar-besar...
Buah mangga dan ciku yang siap untuk dimakan... yang merah tu buah cermai, dimakan dengan cili garam.
Pink guava
Air kelapa sejuk... best sangat... tiap-tiap malam beli, dah macam ketagih pulak. Nyonya ni pantang nampak muka kita orang je, mesti melambai-lambai memanggil.

Kuih-muih Pahang

Pertama kali jumpa. Apa agaknya nama kuih ni ye...  aku berpeluang makan masa kat Kuala Tahan. Rasanya macam kuih bakar je yang digolekkan dengan bawang goreng... sedap....